Penyerang import sesai Kedah pada 2014, Billy Mehmet kini sah milik Sarawak FA bagi musim 2015.
SarawakCrocs.com mengesahkan perkara berkenaan melalui sumber yang boleh dipercayai.
.jpg)
Muamer Salibasic yang cedera sememangnya sudah lama bersedia untuk kembali ke Bosnia selepas musim 2014 tamat, namun berlaku masalah di dalam penamatan kontrak penyerang tersebut.
.jpg)
Muamer masih lagi terikat dengan kontrak bersama FAS, dan beliau perlu hadir ke sesi latihan Sarawak.
Jika FAS gagal menamatkan kontrak Muamer Salibasic secara baik dalam masa terdekat, ianya mungkin akan menyebabkan FAS tidak dapat menandatangani tambahan pemain import bagi tahun 2015, dan jika benar FAS enggan menamatkan kontrak Muamer seperti dipersetujui, ianya mungkin akan menyebabkan Sarawak diheret terus ke perhatian badan induk bola sepak dunia, FIFA.
No comments:
Post a Comment