Ronald Djam berusia 28 tahun berasal dari Cameroon dan pernah beraksi dengan Chonburi FC dan Yadanarbon dan boleh beraksi di bahagian tengah dan pertahanan.
Beliau hadir ke sesi latihan kem Skuad Ngap Sayot di Padang C, Petra Jaya petang semalam. Kebolehan beliau yang boleh beraksi di pertahanan dan bahagian tengah memungkinkan pemain ini akan dikat oleh FAS.
Ronald Djam dikatakan datang ke Kuching atas kehendak sendiri dan ingin mencuba nasib bersama Bujang Senang dan bukas atas jemputan FAS.
Dalam perkembangan yang lain, Billy Mehmet kini sudah berada di Kuching dan mungkin akan menandatangai kontrak bersama FAS. Namun, ada beberapa pihak mengatakan bahawa Billy Mehmet telah sah milik Sarawak FA. Walaubagaimanapun, setakat ini belum ada penguguman atau pengesahan rasmi daripada FAS berkenaan perkara ini.
Namun, sejak kebelakangan ini Persatuan Bola Sepak Sarawak (FAS) kelihatan agak berhati-berhati dalam pemilihan pemain import asing ekoran daripada kegagalan pemain import asing beraksi dalam kancah Liga-M, sepanjang musim 2014 kerana dibelengu kecederaan yang berpancangan.
Skuad Nagp Sayot memulakan latihan semenjak 10 November lalu dan telah disertai beberapa pemain import, antaranya ;
1. Kwon Jun, 27, MF, Korea
2. Ivan Fatic, 26, DMF, Montenegro
3. Kevin Amuneke, 28, FW, Sweden
4. Jose Emilio Furtado, 31, FW, Portugal
5. Ronald Djam, DMF, DMF, Camroon
6. Billy Mehmet, FW, Ireland (Kedah FA- 2014)
6. Billy Mehmet, FW, Ireland (Kedah FA- 2014)
Namun, hanya Ivan Fatic dan Ronald Djam yang masih menjalani latihan bersama Skuad Kendalian Robert Albert di Padang C, semenjak hari selasa lepas. Dan berkemungkinan besar Billy Mehmet akan menyertai sesi latihan petang ini. Pemain import yang lain telah kembali ke negara asal masing-masing.
No comments:
Post a Comment