FAM memutuskan untuk melanjutkan tempoh perpindahan Liga Malaysia (Liga M) sehingga 31 Disember ini walaupun tarikh asalnya sudah berakhir pada 5 Disember lepas.
Keputusan itu sekaligus memberi peluang kepada beberapa pasukan untuk mendaftarkan senarai 26 pemain bagi melengkapkan pasukan masing-masing, disamping menyelesaikan beberapa isu penghijrahan pemain tanpa perlu melibatkan Jawatankuasa Status Pemain FAM.
Sehubungan itu Pahang-Johor dan Kelantan-Felda United yang disebut-sebut antara pasukan yang mengidamkan khidmat pemain yang sama mempunyai tempoh yang cukup untuk menyelesaikan perkara tersebut.
Tarikh baru itu dilihat boleh dimanfaatkan setiap pasukan untuk merangka persiapan yang lebih rapi menjelang sepak mula Liga M pada 31 Januari depan yang melibatkan perebutan Piala Sumbangsih yang menemukan Pahang dan Johor Darul Takzim. _ StadiumAstro.com
No comments:
Post a Comment