Wednesday, February 25, 2015

Joseph Sedia Gempur!


Joseph Asah Sentuhan

PENGEMPUR berpengalaman, Joseph Kallang Tie mahu terus menvetak nama selaku penjaring gol tatkala turun mengetuai rakan-rakan berdepan Kelantan pada pusingan pertama kempen Piala FA 2015 di Stadium Negeri, petra Jaya Jumaat (27 Februari) ini. Ia sekali gus memastikan kemenangan berpihak kepada Ngap Sayot untuk pemburuan slot ke pusingan kedua.

"Fokus saya dan rakan-rakan cutba memastikan Sarawak berjaya memenangi perlawanan Jumaat ini sekali gus melangkah ke pusingan kedua, selain turut memasang impian menjadi penyumbang gol,'' kata Joseph ketika mengulas mengenai perkara itu semalam. Joseph yakin misi tersebut mampu digapai sambil berharap kerjasama daripada rakan-rakan sepanjang tempoh perlawanan.

"Kita tahu Kelantan sebuah pasukan yang meranapkan impian lawan, untuk itu kami harus lebih berhati-hati dalam melakukan serangan ke kubu pelawat," katanya.

Joseph yang kini bebas dari sebarang kecederaan berada pada situasi yang cukup bersedia melebur sepenuh keringat untuk menghadiahkan kemenangan buat pasukannya selain peminat setia. Sementara itu, ketua jurulatih Sarawak, Robert Albert memberitahu, beliau terpaksa mengenepikan pemain pertahanan, Mohd Dzulazlan Ibrahim, 26 untuk perlawanan menentang Kelantan Jumaat ini.

Menurut Albert, Dzulazlan masih belum pulih dari kecedraan hamstring yang dialaminya ketika menentang Pahang hujung minggu lalu. "Dia (Mohd Dzulazlan Ibrahim) tidak akan diurunkan untuk perlawanan menentang Kelantan nanti kerana masih belum pulih sepenuhnya dari kecederaan," jelas Alberts.

Utusan Sarawak

No comments:

Post a Comment