Monday, February 2, 2015

KL SPA 0 - 0 Sarawak

Sarawak melengkapkan kempen perlawanan pra-musim dengan mengikat KL SPA Putrajaya tanpa jaringan dalam perlawanan persahabatan ketiga di Stadium MPPJ kelmarin.

Ia keputusan seri kedua buat Sarawak selepas terikat 2-2 dengan Negeri Sembilan pada Selasa lalu.
Sebelumnya, skuad bimbingan Robert Alberts tewas 2-1 di tangan Selangor PKNS pada 24 Januari lalu.

Skuad Sarawak kembali ke sini semalam dan menyambung semula latihan pada Selasa depan.
Sarawak akan memulakan kempen Liga Super 2015 dengan menentang Felda United di Stadium MP Selayang pada Sabtu depan (7 Februari).

No comments:

Post a Comment