Skuad kendalian Robert Albert kecundang dan akur apabila tewas tipis ke atas pasukan Kelantan di Stadium Negeri malam semalam dalam aksi pembuka Piala FA 2015.
Pasukan pelawat yang kebanyakannya dibarisi pemain bintang mengejutkan tuan rumah dengan goal pembukaan seawal minit ke-2 perlawanan melalui rembatan kencang di luar kotak penalti oleh pemain import Erwin Carrlio.
Perlawanan bertambah rancank dengan kedua-dua pasukan berbalas serangan pantas. Sarawak turut melakukan beberapa percubaan berbahaya menerusi penyerang import, Billy Mehmet namun dapat diselamatkan dengan kemas oleh Khairul Fahmi. Namun Sarawak tidak berputus asa dan hasilnya Sarawak berjaya menyamakan kedudukan pada minit ke-30 perlawanan melalui Ryan Griffith.
Separuh masa pertama Sarawak 1 - 1 Kelantan.
Bermula babak kedua perlawanan, Sarawak memperkemaskan lagi rentak permainan. Namun, pasukan pelawat berjaya mendahului pada minit ke -60 melalui jaringan Emmanuel Kenmogne.
Sarawak berpeluang menyamakan kedudukan pada minit ke-79 perlawanan melalaui sepakan penalti, namun sepakan penalti oleh Ryan Grifith berjaya diselamatkan dengan mudah oleh Kahirul Fahmi yang sudah diketahui berpengalaman dalam babak penalti.
Tamat perlawanan Sarawak 1- 2 Kelantan.
Sarawak dijadual menentang JDT pada 7 mac depan di Stadium Larkin dalam aksi Liga Super 2015. Walaupun Sarawak tewas di gelanggang sendiri malam semalam, namun ia tidak sama sekali mematahkan semangat penyokong Sarawak dalam usaha untuk memberikan sokongan sebaik mngkin untuk pasukan Sarawak, kerana pasukan Sarawak kekal 'Juara' di hati penyokong setia.
No comments:
Post a Comment