Robert Albert dalam satu kenyataan di Utusan Sarawak hari ini (Khamis) menegaskan bahawa bekas pertahanan kental Sarawak FA musim lalu dan bekas penyerang berbisa Sarawak FA 2013 tidak ada dalam perancangan Robert Albert menjelang jendela perpindahan pemain pada April depan.
Kenyataan daripada Ketua Jurulatih Sarawak itu menutup sebarang spekulasi mengenai kepulangan semula dua orang mantan pemain import Sarawak itu ke Stadium Negeri April kelak seperti yang diwar-warkan oleh akhbar tempatan dan laman sosial sebelum ini.
Sarawak FA dijangka akan mencari pengganti lain selain Gabor dan Muamer bagi mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh Ronlad Hikspoor.
No comments:
Post a Comment