Wednesday, March 18, 2015

Sarawak 0 - 1 Perlis

Jaringan Mohd Firdaus Zukafli pada minit ke- 49 meranapkan impian Sarawak untuk melakar kemenangan kedua pada kempen Piala Presiden 2015 menentang Perlis di Stadium Negeri semalam.

Sarawak tewas 0-1 meskipun menguasai permainan sepenuhnya sepanjang 90 minit.

Penyerang tuan rumah harus menyalahkan diri sendiri kerana gagal memanfaatkan belasan peluang terbaik untuk menjaringkan gol, biarpun turun dengan barisan terbaik termasuk pemain senior Ikhwan Izzat, Muhammad Dzulfadli Awg Marajeh dan Daglish Papin Test.

Sebaliknya, Perlis yang tertekan dengan asakan penyerang Sarawak mengejutkan tuan rumah dengan rembatan cantik Mohd Firdaus dari luar kotak penalti untuk menewaskan Andy Nicholas Nipen.

“Ia kekalahan yang amat mengecewakan kerana kita mengusai permainan sepenuhnya,” komen Ketua Jurulatih Johnny Dominicus selepas perlawanan itu tamat semalam.

Utusan Borneo

No comments:

Post a Comment