Tuesday, November 11, 2014

Junior Eldstål Sah Ke JDT


Junior Eldstål disahkan akan beraksi bersama JDT bagi musim 2015.

Beliau telah bersama Sarawak sejak 2013 dan telah membantu Sarawak menjulang Piala Perdana tahun lalu (2013) sebelum ini dikatakan akan berhijrah ke Selangor untuk musim depan. Namun, Junior Eldstål melalui laman facebooknya mengesahkan bahawa beliau akan beraksi bersama JDT musim depan.

Untuk rekod beliau telah berjaya menjaringkan satu gol daripada 55 perlawan bersama Sarawak. 

No comments:

Post a Comment