Robert Albert dalam Utusan Sarawak hari ini (11 November) menyatakan bahawa Sarawak akan mengadakan perlawanan persahabatan menentang pilihan Miri pada 28 November ini, manakala menentang Sabah pada 30 November di Kota Kinabalu dan kemudian ke Limbang.
Pada 11 hingga 21 Disember, pasukan Ngap Sayot akan berkunjung ke Phuket, Thailand untuk mengikuti empat perlawanan persahabatan di sana.
Kenyataan Robert Itu, menandakan bahawa perlawanan persahabatan antara Sarawak vs Timor Laste yang dijadualkan pada 29 November ini "berkemungkinan" besar dibatalkan. Namun sehingga saat ini tiada pengesahan rasmi daripada pihak FAS mengenai perkara ini.
3 November lalu, Timbalan Presiden FAS menyatakan bahawa pasukan Timor Leste berminat untuk datang ke Kuching untuk mengadakan perlawanan persahabatan di Stadium Negeri pada 29 November.
Sumber : Utusan Sarawak
No comments:
Post a Comment