Monday, November 24, 2014

Skuad Ngap Sayot 2015 Hampir Lengkap

KEHADIRAN beberapa orang pemain import asing yang datang ke Kuching untuk mencuba nasib bersama Skuad Ngap Sayot sejak 10 November lalu, akhirnya bakal terjawab tidak lama lagi sebelum tertutupnya pintu perpindahan pada 5 Disember akan datang.

Dipenuhi dengan pelbagai ramalan serta khabar angin pada sesi pemilihan pemain import kali ini membuktikan bahawa barisan pengurusan Persatuan Bola Sepak Sarawak (FAS) yang diterajui oleh Datu Sudarsono, begitu serius ingin membawa pulah sekurang-kurangnya sebuah piala di Liga Malaysia untuk tahun hadapan.

Selepas mengikat beberapa orang pemain import tempatan bagi menggantikan tempat yang ditinggalkan beberapa pemain yang berhijrah ke pasukan lain musim depan, Sarawak terus mengatur langkah untuk melengakpkan pasukan dengan pemilihan pemain import asing bagi menggantikan kekosongan yang ditinggalkan oleh Hassan dan Muamer Salibasic yang terpaksa digugurkan kerana kecederaan berpanjangan.

Ketelitian dan sikap berhati-hati dalam memilih pemian import kali ini dibuktikan dengan kehadiran tujuh pemain import yang datang ke Kuching. Antara mereka ialah Kwon Jun, Ivan Fatic, Kevin Amuneke, Jose Emilio Furtado, Ronald Djam dan Billy Mehmet.

Selain dengan kehadiran pemain import ke Kuching, arena bola sepak Sarawak juga dihangatkan dengan pelbagai spekulasi dan khabar angin yang mendapat perhatian umum berkenaan perpindahan pemain keluar dan masuk serta pengganti Salibasic.

Matias Conti
Khabar yang mengatakan Matias Conti bakal bersama Sarawak untuk musim 2015, tidak kesampaian apabila pemain kelahiran Argentina itu ingin kekal bersama Pahang FA setelah membantu Skuad Tok Gajah menjulang Piala Malaysia untuk kedua kali berturut-turut.

Rozaimi Abdul Rahman
Antara nama yang dikaitkan dengan perpindahan masuk ke Skuad Ngap Sayot ialah, Rozaimi Abdul Rahman yang pada awalnya dikatakan akan menyertai pasukan bimbingan Robert Albert ini. Rozaimi Abdul Rahman yang kini beraksi bersama Sabah dan pernah beraksi bersama skuad kebangsaan. Namun perkara ini dinafikan tuan empunya badan melalui facebooknya.

Liam Miller & Jeremy Russel
Selain itu, Sarawak pada awalnya juga dikatakan ingin mendapatkan khidmat bekas pemain Manchester United iaitu Liam Miller, namun pada akhirnya Miller menyertai Malbourne FC dan dikatakan terlalu mahal bagi Sarawak untuk mengikat bintang berkenaan. Jeremy Russel Brockie, juga dikaitan dengan Sarawak FA pada awalnya. Namun, beliau dikatakan terlalu mahal bagi Sarawak FA. Terus khabar angin Liam Miller dan Jeremy lenyap begitu sahaja tanpa sebarang berita.

Doe, Emmanuel, Kevin, Bader, Ilija
Jerome Suku Doe dan Emmanuel Kenmogne, antara nama-nama yang disebut bakal menggantikan slot pemain import yang ditinggalkan Hasan dan Muamer Salibasic selain Kevin Onyekachi, Bader Eldin dan Ilija Spasojevic.

Namun begitu, kehadiran Billy Mehmet ke Kuching minggu lalu umpama melenyapkan sama sekali khabar angin yang datang sebelum ini. Walaupun tiada pengesahan dan kenyataan rasmi daripada FAS, Billy Mehmet telah pun mengesahkan bahawa beliau bakal beraksi bersama Sarawak FA musim depan melalui laman sosial tweeter nya.


Selain daripada kemasukan pemain import baru, keadaan dan status terkini Muamer Salibasic masih menjadi tanda tanya. Akhbar tempatan bulan lalu melaporkan bahawa beliau terpaksa digugurkan akibat kecederaan berpanjangan sepanjang musim 2014 ini. Diberitakan bahawa, FAS tidak dapat menamatkan kontrak beliau dan ada yang mengatakan bahawa terdapat sedikit masalah antara FAS dan Mumaer Salibasic. 

Walau apapun spekulasi yang dikhabarkan, semuanya bergantung kepada keputusan dan tindakan FAS yang memaju arena bola sepak Sarawak untuk maju setanding dengan pasukan hebat lain.

Baca Selanjutnya  >>
Zamri Terima Banyak Tawaran

No comments:

Post a Comment