Awal pagi tadi (6/12/2014) skuad bawah 23 Sarawak tumpas 3 - 1 keatas Brunie dalam acara bola sepak di Sukan Persahabatan BIMP-EAGA Ke-8 yang berlangsung pada 6 hingga 8 Disember 2014 di Labuan.
Sarawak dijadual menentang Labuan pada 8 Disember ini di Stadium Labuan.
Kontinjen Sarawak diiringi 23 pegawai sukan dan disertai 113 atlet akan mengambil bahagian dalam 11 acara yang dipertandingkan pada kali ini.
Antaranya boling padang, bola keranjang, sepak takraw, futsal, bola tampar pantai, encak silat seni, memanah, olahraga, badminton, golf dan ibu segala pingat, Bola Sepak.
Acara berkenaan disertai oleh beberapa buah negara ahli BIMP-EAGA iaitu Brunei (satu pasukan), Malaysia (tiga pasukan), Indonesia (14 pasukan) dan juga Filipina (dua pasukan).
Sukan BIMP-EAGA bertujuan untuk bersama-sama membangunkan sukan, promosi dan jaringan kerjasama selain mewujudkan maklumat dan data.
Walaupun dilihat sebagai salah satu acara sukan persahabatan, ia adalah wadah untuk atlet Sarawak meningkatkan prestasi lebih-lebih lagi dalam menghadapi Sukan Malaysia akan datang.
No comments:
Post a Comment