Perasan atau tidak?
Sebenarnya, Persatuan Bola Sepak Sarawak (FAS) tercari-cari kualiti yang ada pada pemain import 2013 iaitu Guy Bwele. Ekoran daripada penguguran pemain import berkenaan, Sarawak FA hampir-hampir dihukum untuk kembali ke Liga Perdana pada saingan Liga Super 2014. Dengan penguguran, Guy Bwele untuk musim 2014, FAS sebenarnya tercari-cari pengganti yang sesuai yang boleh bermain seperti Guy Bwele. Ternayata ketiadaan Guy Bwele memberi impak yang sangat besar kepada Sarawak FA. Setuju?
Implikasi Yang Buruk!!
Ketiadaan Guy Bwele sepanjang 2014 memaksa pihak pengurusan FAS mengambil beberapa player import yang jauh tidak berkualiti berbanding Guy Bwele. Apabila pengambilan player import tidak menepati cita rasa atau tidak setanding dengan Guy Bwele, Sarawak FA khasnya telah mengalami satu kerugian yang sangat BESAR. Milord Janjus? Aliredza? Hassan? antara nama-nama pemain yang mewarnai Skuad Ngap Sayot tahun 2014. Berapa puluh ribu agaknya wang yang dilepaskan oleh FAS untuk pemain "sehebat" Aliredza dan Hassan? Mungkin RM10K. Sejujunya RM10K itu terlalu sedikit untuk mebawa pemain bertaraf "Bintang" seperti Aliredza dan Hassan untuk beraksi di Liga-M. Setuju?
FAS banyak Wayang
Ketiadaan Muamer Salibasic sepanjang 2014 menambah duka Ngap Sayot. Penuh dengan misteri injury yang dihidapi oleh penyerang berbisa ini. Menambahkan lagi kerugian dari segi kewangan kepada FAS. Rugi 2 kali.
Habis Manis Sepah Dibuang
Gabor Gypes, Milord Janjus, Muamer Salibasic, Zamri Morshidi, Bobby Gonzales, Guy Bwele antara pemain berkualiti yang dilepaskan oleh FAS tanpa sebab munasabah. Terima kasih FAS. Zamri Morshidi dan Bobby Gonzales antara pemain yang pernah ditawarkan kembali kontrak oleh FAS, akan tetapi ditolak kedua-duanya begitu sahaja. Kenapa?
Guy Bwelw pernah berkata, selagi Robert Albert jadi jurulatih Sarawak FA, selagi itu beliau tidak akan kembali bermain untuk Sarawak FA.
Bekas Ketua Jurulatih Sarawak, Hj. Zaki pula pernah berkata, Selagi ada Yahudi dalam FAS, beliau tidak akan kembali untuk jadi Jurulatih Sarawak FA.
No comments:
Post a Comment