Sarawak FA sepatutnya menentang Suphanburi FC pada 17 Disember semalam, namun pasukan berkenaan (Suphanburi FC) beraksi di pentas final salah satu kejohanan yang sedang berlangsung di Thailand.
Oleh yang demikian, Sarawak FA sekali lagi menentang Krabi FC pada 17 Disember setelah menewaskan pasukan yang sama 3 - 2 pada 14 Disember lalu.
Pada aksi petang semalam, tuan rumah terpaksa akur dengan kehebatan Skuad Ngap Sayot apabila skuad bimbingan Robert Albert itu sekali lagi menunddukan tuan rumah 2 - 1 melalui jaringan Partiban minit ke-58 dan Ronald.
Sarawak FA seterusnya dijadual menentang Army United pada 19 Disember ini dan Police United pada 21 Disember sebelum kembali ke Kuching pada 22 Disember.
No comments:
Post a Comment