SARAWAK FA tidak akan menyertai Wali Kota Cup yang dijadual akan berlangsung pada 4 Januari hingga 8 Januari 2015 di Padang, Indonesia. Sebaliknya Sarawak FA memilih untuk mengadakan dua perlawanan persahabatan dengan dua buah pasukan yang akan beraksi di Liga Perdana musim depan. Dua pasukan yang bakal menguji skuad Ngap Sayot iaitu Pulau Pinang dan Negeri Sembilan.
Robert Albert mengesahkan perkara berkenaan melalui kenyataan di sebuah akhbar tempatan (Utusan Borneo) hari ini (30.12.2014).
Walaubagaimanapun, perlawanan persahabatan menentang KL SPA FC dan Sabah FA yang dijadual akan berlangsung pada 6 Januari dan 10 Januari 2015 belum ada pengesahan dari FAS dan Robert Albert.
No comments:
Post a Comment