Tuesday, December 23, 2014

Padang Sintetik Sarawak Bakal Dapat Penarafan FIFA


Padang bola sepak sintetik dijangka mendapat penarafan antarabangsa bulan hadapan


Padang bola sepak sintetik (Padang C) berdekatan Stadium Negeri di sini bakal mendapat penarafan FIFA ‘1 Star Certified Pitch With Extreame Turf Premier S60’ pada pertengahan Januari depan.

Antara padang yang sudah mendapat penarafan itu termasuk Majlis Sukan Negara Bukit Jalil, Padang Sintetik Bayan Lepas dan KLFA Academy.

Arkitek Residen Pejabat Wilayah Selatan Jabatan Kerja Raya (JKR) Sarawak, Iswandi Ahmad Zaidin berkata delegasi badan induk bola sepak dunia itu sudah menjalankan pemeriksaan.

“Padang sintetik ini menepati kehendak FIFA. Kemungkinan penarafan untuk padang ini akan diperolehi bulan depan,” katanya ketika ditemui di sini semalam.

Beliau berkata demikian pada majlis penyerahan Padang Bola Sepak Sintetik (Padang C) Stadium Negeri kepada Kementerian Belia dan Sukan.


Pada majlis itu, Kementerian Belia dan Sukan diwakili ketua setiausahanya, Datuk Jamil Salleh menyerahkan padang itu kepada Pengurus Besar Perbadanan Stadium Negeri Sarawa(PSNS), Abang Zainuddin Abang Abdul Rahman.

Projek yang siap pada 15 Julai itu menelan belanja RM2.3 juta dengan mengambil masa enam bulan untuk disiapkan.

Sementara itu, Jamil berharap pengurusan PSNS membenarkan padang tersebut digunakan orang awam agar penggunaannya dapat dimaksimumkan dengan fungsinya.

“Saya berharap dengan adanya padang ini, lebih ruang dan peluang dapat diberikan kepada mana-mana pasukan bola sepak tempatan,” ujarnya.

Beliau turut memuji kontraktor projek tersebut kerana dapat menyiapkan padang tersebut dalam masa singkat dengan kualiti yang baik.

“Saya rasa ini adalah projek yang terbaik dapat disiapkan dalam masa singkat,” katanya.

Hadir sama Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan (Antarabangsa dan Pengurusan), Datuk Azhar Mohamed Isa serta Pengarah Belia dan Sukan Sarawak, Abdul Haris Ishak._ Utusam Boreno

Baca Lagi
> Benarkan Orang Ramai Main Di Padang Sintetik

No comments:

Post a Comment