Sunday, December 21, 2014

Kenak Perlu Marah Bila Dengar 'HARIMAU MALAYA'?

HARIMAU MALAYA (Panthera tigris malayensis atau Panthera tigris jacksoni) atau dikenali sebagai Harimau Belang merujuk kepada subspesies harimau yang hanya didapati di Semenanjung Malaysia.

Harimau ini disahkan sebagai sub-spesies berasingan dari sub-spesies Harimau Indochina (Panthera tigris corbetti) melalui ujian genetik dan filogenik pada tahun 2004. Dianggarkan terdapat 490-510 ekor harimau ini yang hidup liar.

Harimau Malaya merupakan lambang rasmi Malaysia iaitu dalam Jata Negara Malaysia. Lambang ini juga ada dalam logo institusi- institusi Malaysia yang lain seperti PDRM, Maybank, Proton dan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM). Lambang harimau menunjukkan kepada keberanian dan kekuatan rakyat Malaysia. Harimau Malaya ini juga mendapat pelbagai nama gelaran seperti "Pak Belang" dan sebagainya.

Harimau Malaya juga merupakan nama personifikasi bagi Malaysia. Digelar Pak Belang, ia merujuk kepada dua ekor harimau belang yang terdapat pada lambang negara Malaysia yang melambangkan keberanian dan kegigihan rakyat Malaysia mempertahankan tanah air. Harimau Malaya juga merupakan nama gelaran bagi pasukan bola sepak kebangsaan Malaysia.

Pasukan bola sepak Malaysia telah menggunakan 'Harimau Malaya' sebagai maskot dan juga gelaran kepada pasukan itu. Jersi utama pasukan bola sepak Malaysia juga diadaptasi daripada corak belang yang terdapat pada Harimau Malaya.

Namun begitu, sejak kebelakangan ini timangan 'Harimau Malaya' untuk Pasukan Bola Sepak Kebangsaan Malaysia dikatakan tidak sesuai oleh rakyat negeri Sabah dan Sarawak. Ini kerana perkataan 'Malaya' merujuk kepada semenanjung Malaysia sahaja. Kenyataan ini diperkuatkan lagi dengan tiadanya seorang pemain bola sepak kebangsaan yang berasal dari Sabah dan Sarawak. 

Mahu atau Tidak, orang Sarawak dan Sabah harus menerima gelaran 'Harimau Malaya' kerana :

1. Pada asal dan dasarnya gelaran tersebut bukanlah bertujuan untuk menandakan pasukan kebangsaan hanya diwakili oleh negeri-negeri di Semenanjung Malaysia. Bagi saya, pasukan kebangsaan yang layak ke pentas final AFF Suzuki 2014 bukan sahaja diwakili oleh pemain dari semenanjung Malaysia sahaja, Joseph Kalang Tie pada asanya tersenarai dalam skuad berkenaan, namun beliau menolak tawaran tersebut kerana ingin berkahwin. Lagi pun, Pasukan Kebangsaan kali ini diurus oleh Presiden Persatuan Bola Sepak Sarawak (FAS). Jadi tidak perlu untuk kita mengatakan bahawa, 'Harimau Malaya' untuk pemain dari Semenanjung Malaysia atau Tanah Malaya sahaja.

2. Mungkin tahun ini, kebetulan tidak ada pemain dari Sabah dan Sarawak mewakili pasukan kebangsaan. Harus kita ingat bahawa nama-nama bintang seperti Rozaimi Abdul Rahman, Bobby Gonzales, Ronny Harun, Joseph Kalang Tie, Ashari Chuchu, Junior Eldstål dan banyak lagi anak tempatan Sabah dan Sarawak pernah mewakili pasukan kebangsaan sebelum ini. Jangan jadikan hanya gelaran 'Harimau Malaya' itu sebagai medium untuk kita tidak memberikan sokongan dan mengeluarkan kata-kata kesat kepada pasukan kebangsaan Malaysia.








Sekiranya kita mengaitkan 'Harimau Malaya' dengan mana-mana cerita sejarah yang berunsur politik, sudah semestinya perkataan dan gelaran timangan 'Harimau Malaya' itu memberikan gambaran yang tidak baik dan terus memburukan keadaan. Football + Politik + History = Failed

Antara luahan yang seringkali kedengaran ;


"Malas aku nak nyokong HARIMAU MALAYA. Kan sik ada player dari Sarawak dalam ya"?

Ulasan The Sayoters News : Dalam bola sepak, tolong buang jauh-jauh perasaan 'kenegerian' dalam diri. Mungkin kita tok di didik sejak kenal bol tok untuk nyokong negeri kita empun. Mun sik ada player dari negeri kita, jadi sik perlulah kita nak nyokong. Buang masa jak. Macam ya ka? Ok. Fine? Tapi kita tek minat bol nak. Minat Manchester United nak? Minat Barcalona nak? Minat Liverpool nak? Minat Real Madrid nak? Sanggup kita tek sik tido tengah malam, kotan tek nak nagga sidak messi, sidak c.ronaldo sidak neymar main bol. 

Bangga kita tek makey baju Manchester United. Baju Barcalona. Bangga? Dalam team EPL dan LaLiga yang kita sokong ya, ya kita minat fanatic ya, sampey ngga match Sarawak di Stadium Negeri Pun gago nak makey baju barcalona fc, sama kaler katanya tek. Bukan kah dalam team yang disebut ya tek sik ada player Sarawak? Sik ada palyer Malaysia pun? Kenak perlu gago nak nagga? Mun ktk org minat team EPL, LaLiga, atau mana-mana team luar negara dan sik minat dan sik sokong Team 'Harimau Malaya', sejujurnya saya madah, Kitak Orang lah dikatakan 'Lalang Selamanya'

Seandainya ktk orang manas, marah, sik suka dengan Entry tok, ktkorg lah ya nak? hehe Sapa makan cabik, nya rasa pedas. Ndak giyanya?

"Pakey apa gago ngan sidak Harimau Malaya, nang dah tauk kalah."

Ulasan The Sayoters News : Mun sik maok gago or sik mauk tauk ngan Harimau Malaya, jangan la bukak tv, page bol. Bukak la rancangan masakan, rancangan lain selain dari bol. Kali baruk minat bol taun 2014 kali nak? Mun time Malaysia menang nya juak gago, kiak kaong dalam facebook madah, sokong Malaysia. Mun time Malaysia kalah, nya juak no.1 nganok. Selalu kita dengar org madah kedak tok ;

"Sekiranya tidak mampu menyokong ketika kalah, jangan nak bersorak ketika Menang".

Seandainya, gelaran Harimau Malaya ya dpt ditukar kepada Harimau Malaysia, lebih elok. Kurangkan Kontraversi, Tingkatkan Prestasi!

"SELAMANYA HARIMAU MALAYA"

Sekian, Terima Kasih

TSN
[The Sayoters News]

Latest News
> Phuket FC 0 - 5 Sarawak
> Malaysia 3 - 2 Thailand

No comments:

Post a Comment