Sarawak dijadual menentang KL SPA FC pada 6 Januari 2015 (Selasa) setelah mengesahkan tidak akan beraksi di Wali Kota Cup 2015, di Padang, Indonesia.
Tahun lepas, dalam aksi perlawanan pershabatan sebelum bermulanya Liga-M, Sarawak membelasah KL SPA FC 5 - 0 di Stadium Negeri. Lawan yang sama, tahun yang berbeza dan pemain yang berbeza.
Apa yang menariknya, kali ini KL SPA dibarisi oleh beberpa orang pemain yang berasal dari Sarawak yang baru sahaja bersama KL SPA pada tahun ini. Khabarnya pemain berkenaan pernah beraksi untuk Samarahan FA dalam saingan Piala Sarawak baru-baru ini.
Selain itu, bekas pemain import Sarawak, Guy Bwele juga akan kembali ke Stadium Negeri, namun bersama pasukan yang berbeza disebelah pihak lawan.
Apa yang pasti satu pertemuan yang menarik pasti akan berlaku selasa depan.
Sarawak juga dijadual menentang Sabah FA pada 10 Januari depan dalam aksi persahabatan.
Baca Lagi :
No comments:
Post a Comment