Wednesday, January 14, 2015

Stadium Negeri Dikawal Ketat


PRESIDEN Persatuan Bola Sepak Sarawak (FAS), Datu Sudarsono Osman mahukan kerjasama para penonton agar menjaga tingkah laku selain lebih bersikap rasional tatkala hadir memberi sokongan kepada pasukan kesayangan (Sarawak) sepanjang musim ini. Ia bagi mengelak sebarang perilaku diluar batasan ditimbulkan oleh segelintir penyokong yang tidak bertanggungjawab sekali gus memberi impak negatif kepada badan induk (FAS) yang seringkali berdepan hukuman selain denda daripada badan induk tertinggi Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

Sehubungan itu, kawalan keselamatan ketika perlawanan di Stadium Negeri juga akan diperketat bagi mengelak sebarang kejadian tidak diigini. "Kita amat menghargai sokongan padu diberikan para penonton pada setiap perlawanan membabitkan pasukan Sarawak sepanjang musim lalu selain berharap situasi berulang untuk musim ini'.

"Bagaimanapun, kalau boleh mengelak dari melakukan perkara-perkara yang ditegah oleh pihak FAM kerana ia dilihat satu kerugian di pihak FAS yang berkemungkinan terpaksa membayar denda selain berdepan hukuman lain," jelas Sudarsono ketika mengulas perkara itu.

Beliau sebelum itu turut memberitahu, pihaknya akan menetapkan satu tarikh untuk mengadakan sesi perjumpaan dengan wakil kelab penyokong bagi membincangkan perkara itu. Dalam perkembangan berbeza, Sudarsono melahirkan rasa bangga dengan komitmen pelbagai pihak mewujudkan akademi bola sepak yang secara tidak langsung berperanan meningkatkan pembangunan sukan bola sepak negeri ini.

Disamping tempoh yang sama menyifatkan usaha tersebut merupakan langkah yang bertepatan melahirkan bakat baharu yang diharap mampu menampung keperluan dalam Skuad Belia Bawah 19 Tahun, Piala Presiden mahupun skuad senior (Sarawak). "Satu usaha yang baik dengan adanya akademi bola sepak ketika ini.

Apa yang penting, meraka harus berdaftar dengan FAS kerana memudahkan usaha untuk mencari pemain pelapis mewakili skuad Sarawak pada masa akan datang," tambah beliau lagi. _ Utusan Sarawak

No comments:

Post a Comment