Wednesday, January 14, 2015

Aura Abang Jadi Inspirasi

KREDIT berganda dimiliki pengemudi skuad pelapis, Piala Presiden 2015 (Johnny Dominicus) tatkala menyediakan barisan terbaik dalam menghadapi saingan musim ini. Disamping mempunyai hampir separuh pemain berpengalaman musim baharu, jurulatih kelahiran Sabah itu kini seakan mempunyai tonik tambahan dengan kemunculan dua pemain berbeza karektornya iaitu Mohad Hafis Saperi, 21 dan Azman Chuchu, 17 kedua-dua mereka merupakan adik kepada playermaker dari skuad senior Sarawak iaitu Shahrol Saperi dan Ashari Chuchu.

"Kedua-dua mereka (Mohd Hafis & Azman) mempunyai kelebihan masing-masing serta mampu mempertaruhkan untuk saingan sebenar kelak," kata Johnny ketika diminta mengulas perkara itu. Memanjang bicara, Johnny memberitahu, sama ada Mohammad Hafis mahupun Azman Chuchu, kedua-duanya mempunyai bakat tersendiri.

"Dia (Mohamad Hafis) boleh bermain di mana-mana posisi dan itulah kelebihannya. Berbanding Azman Chuchu yang seakan mirip karektor abangnya, bermain diposisi sayap kiri," tambah Johnny.

Sambil mengharap aura dari kedua-dua abang pemain terbabit akan dapat menjadi inspirasi mereka untuk memastikan kecermelangan skuad berwajah baharu musim ini.

Dari penilian awal dilakukannya sepanjang sesi latihan, tiada masalah bagi kedua-duanya menyesesuaikan diri bersama pemain lain. Skuad Piala Presiden 2015 akan diuji kekuatan mereka oleh skuad senior dalam aksi perlawanan persahabatan Sabtu ini di Stadium Negeri, Petra Jaya pukul 3.00 petang.

Selain akan menguji kekuatan empat pasukan dari semenanjung, menentang Harimau Muda C (21 Januari), menentang ATM dari Liga Kuala Lumpur (23 Januari) menentang Selangor PKNS/Piala Presiden (26 Januari) _ Utusan Sarawak

No comments:

Post a Comment