Wednesday, January 14, 2015

Sudarsono yakin Fuad Grbesic bakal lahirkan pemain berkualiti

Pelantikan jurulatih dari Bosnia, Fuad Grbesic adalah untuk membangunkan pemain bola sepak pelapis Sarawak.

Presiden Persatuan Bola Sepak Sarawak (FAS), Datu Sudarsono Osman percaya hasil sentuhan jurulatih itu akan dituai dalam tempoh dua atau tiga tahun lagi.

“Pemain yang diplih akan beliau gilap untuk diserapkan ke dalam pasukan Piala Presiden dan pasukan utama Sarawak,” katanya kepada Bernama.

Fuad pernah bermain untuk pasukan belia dan kelab utama negaranya dan Eropah ditugaskan khusus bagi memilih pemain belia yang berpotensi di seluruh Sarawak menerusi beberapa kejohanan.

Tugas pertamanya ialah bagi memantau persaingan Liga Belia Sarawak yang akan bermula pada 14 Februari selain dikehendaki bekerjasama dengan akademi bola sepak tempatan bagi mengenal pasti pemain berpotensi.

Jurulatih berusia 54 tahun ini pernah membimbing bekas penyerang Sarawak Muamer Salibasic di Bosnia.

Fuad pula berkata beliau teruja dengan kontrak dua tahun yang ditawarkan FAS dan berjanji akan me l akukan yang terbaik untuk menepati sasaran FAS dalam melahirkan pemain muda berkali berbuat Sarawak.

Sementara itu ketua jurulatih skuad Piala Presiden Sarawak, Johnny Dominicus berkata pemainnya akan membuat persiapan terakhir selama 10 hari di Semenanjung bermula 21 Januari ini dengan menentang Harimau Muda C, Angkatan Tentera Malaysia, Selangor PKNS dan Penjara FC.

Beliau berkata beliau mengekal 10 pemain musim lalu termasuk enam pemain Piala Belia dan lima pemain Sekolah Sukan Sarawak serta mengambil tiga pemain baharu selain menarik seorang bekas pemain Liga Perdana musim lalu.

Sarawak yang menduduki tangga kedua tercorot kejohanan musim lalu menyasar kedudukan lima teratas musim ini, katanya. _ Utusan Borneo

No comments:

Post a Comment