Monday, February 9, 2015

P. BELIA : SARAWAK 0 - 1 TERENGGANU

Skuad Piala Belia Sarawak gagal memanfaatkan peluang beraksi di gelanggang sendiri setelah tewas 1-0 kepada Terengganu pada aksi pembukaan Piala Belia Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) di Stadium Negeri, di sini petang semalam.

Barisan muda Sarawak bimbingan jurulatih import, Fuad Gerbesic banyak mempersiakan peluang keemasan untuk menghasilkan jaringan meskipun mereka tampak menguasai perlawanan sepenuhnya.

Keghairahan barisan pemain muda Sarawak memburu jaringan ternyata membawa padah apabila dihukum Terengganu pada minit ke-79 menerusi jaringan tunggal perlawanan oleh Mohd Shafiq Shahrizan.

Kekalahan tipis itu memaksa Sarawak akan memperbaiki segala kelemahan dan kepincangan pada perlawanan seterusnya.

Sarawak akan menentang pasukan muda jiran tetangga, Sabah di laman sendiri, Stadium Negeri Kuching pada Ahad depan (15 Februari).

No comments:

Post a Comment