Sarawak terpaksa akur dengan kekalahan tipis menentang pasukan JDT di Larkin malam semalam dalam aksi ke empat Liga Super 2015.
Sarawak beraksi baik dengan membuka tirai jaringan pada minit ke 27 melalui Billy Mehmet hasil lorongan cantik Ivan Fatic. Namun, tuan rumah tidak menunggu lama apabila pemain kebangsaan, Syafiq Rahim menewaskan Fadzley dengan mudah melalui sepakan percuma diluar kotak penalti pada minit ke 40.
Selang dua minit seterusnya, Syafiq Rahim sekali lagi menjaringkan gol kedua buat tuan rumah dan sekali gus, keputusan kekal sehingga ke wisel penamat.
Namun, mutu pengadilan yang lemah mendapat kritikan dari pelbagai pihak yang turut menimbulkan ketenganggan di atas padang antara pemain kedua-dua pasukan.
Sarawak berada dikedudukan ke 7 Liga Super selepas 4mpat perlawanan dan Sarawak dijadual menentang Selangor di Stadum Shah Alam, Selangor pada 14 Mac 2015 (Sabtu).
No comments:
Post a Comment