Perancangan diatur terlebih dahulu tidak dapat disempurnakan pemain-pemain, kata Alberts
Kecederaan dialami Ronald Hikspoors pada awal permainan sehingga menyebabkan pemain import itu dikeluarkan memberi kesan kepada percaturan awal seperti dirancang sebelum.
Jurulatih Sarawak, Robert Alberts berkata keadaan itu menyebabkan banyak perancangan diatur terlebih dahulu tidak dapat disempurnakan oleh pemain-pemain kerana benteng pertahanan tampak pincang terlalu awal.
Menurutnya, perlawanan itu juga menyaksikan anak-anak buahnya gagal mempamerkan permainan seperti biasa menyebabkan pasukan lawan lebih banyak menguasai perlawanan.
“Kita kurang bernasib baik pada perlawanan ini kerana pada awal saingan, pemain terpaksa dikeluarkan dan sekali gus mengubah corak permainan,” katanya kepada wartawan selepas perlawanan.
Pada perlawanan itu, dua tonggak utama tidak dapat diturunkan akibat kecederaan dan penggantungan.
“Kita bermain tanpa Ronny Harun dan Ivan Fatic.
Keadaan ini sedikit sebanyak mengganggu rentak permainan pasukan kita,” ujarnya.
Perlawanan menentang Selangor di Stadium Shah Alam malam kelmarin, Sarawak kecundang 2-0.
Mohd Afiq Azmi meletakkan Selangor di hadapan hasil t andukann y a p a d a minit ke-10 setelah menerima hantaran sepakan sudut Andik Firmanshah.
Sarawak berusaha mencari gol penyamaan selepas itu merancang serangan namun jaringan Ryan Griffiths pada minit ke-21 dibatalkan kerana didakwa mengasari pemain lawan.
Mohd Fitri Sazwan pada minit ke-77 memadamkan sisa perjuangan Sarawak dengan jaringan kedua pasukan tuan rumah, Selangor.
Sarawak sekali-sekala melakukan serangan hampir- hampir menyamakan kedudukan namun percubaan Ashri Chuchu terkena palang pada minit-minit akhir.
No comments:
Post a Comment