Monday, December 1, 2014

Sarawak Memburu Ronald Hikspoor


SELEPAS menandatangani Billy Mehmet dan Ivan Fatic, tumpuan Sarawak kini terarah kepada pencarian ‘kereta kebal’ ekoran kecederaan retak tulang ibu jari kaki kanan dialami Gabor Gyepes.

Setakat ini, hanya pertahanan kelahiran Perancis Jimmy Modeste bersama pasukan namun Persatuan Bola Sepak Sarawak (FAS) masih belum memberikan kata putus sama ada menandatangani pemain terbabit atau tidak.

Pemilihan pemain yang bakal menggantikan Gabor tidak akan dilakukan secara terburu-buru.

Selain itu, Sarawak dikatakan bakal menambat bintang dari Belanda, Ronald Hikspoor,  26 tahun dijangka tiba hari ini sebagai pemain import keempat Sarawak. Beliau sebelum ini, pernah hadir ke sesi pemilihan pemain import tahun lepas bersama Milord Janjus. 

Ronald Hikspoor boleh beraksi di bahagian tengah dan Ivan Fatic boleh beraksi di bahagian pertahanan. Beliau dikatakan menerima panggilan dari FAS ekoran aksi hambar dari Jimmy Modeste ketika menentang Sabah FA ahad lalu.

Beliau sepatutnya menyertai pasukan Mvievie FC yang beraksi di Liga Belanda, namun menerima panggilan dari FAS.

Sementara itu, khabar mengatakan bintang EPL, Kaspars Gorkss dari Latvia masih menjadi tanda tanya ramai pihak.

No comments:

Post a Comment