Thursday, November 13, 2014

Ivan Fatic & Kwon Jun Pilihan Utama Sarawak


Dalam kenyataan disalah sebuah akhbar tempatan hari ini, Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Sarawak (FAS) menjelaskan bahawa ;

Setakat ini, Sarawak telah mengikat Partiban Janasekaran (sayap, Perak), Varadhan Arumugam (pertahanan, Selangor), Sabri Sahar (tengah, Sabah), Mohd Nazri Mohd Kamal (penyerang, Perak), Mohd Iqbal Suhaimi (penjaga gol, Pahang) dan Mahadevan Gangadheran (tengah, Perak).

Sementara itu, hanya Ivan Patic dan Kwon Jun tinggal menjalani ujian untuk mengisi slot penyerang import yang ditinggalkan Muamer Salibasic dan Hassan el Mohamed.

Dua lagi pemain, Kevin Amuneke dari Sweden/Nigeria dan Jose Emilio dari Portugal telah kembali ke tanah air masing-masing.

Setakat ini, Ivan dari Mentenegro dan Kwon kelahiran Korea Selatan dilihat pilihan utama Sarawak untuk mengisi posisi tersebut.

Belum ada kata putus dicapai mengenai perlawanan persahabatan di Phuket, Thailand dari 11 hingga 21 Disember.

Bagaimanapun, kem latihan di Miri pada 28 November, diikuti perlawanan menentang Sabah pada 30 November di Kota Kinabalu dan sesi bertemu peminat di Limbang akan diteruskan mengikut jadual. - Utusan Borneo

Kenyataan Timbalan Presiden Fas itu menandakan bahawa tiada perlawanan persahabatan antara Sarwak vs Timor Leste yang diberitakan sebelum ini yang dijadualkan pada 29 November.


No comments:

Post a Comment