Wednesday, November 12, 2014

'Bujang Senang' Terus Memburu!


'Bujang Senang' terus berusaha memburu pemain import asing yang berkualiti bagi memastikan keputusan yang memberangsangkan pada musim depan. Dilihat pemilihan kali ini lebih terliti dan berhati-hati ekoran kegagalan Sarawak memiliki pemain import asing yang 'kurang' berkualiti sepanjang musim 2013.

Seramai emapt pemain import asing mencuba nasib untuk bersama Skuad Ngap Sayot dan telah bersama skuad bimbingan Robert Albert dalam sesi latihan isnin lalu. Pemain tersebut ialah Kwon Jun, Ivan Fatic, Kevin Amuneke dan Jose Furtado.

Menurut SarawakCrocs.com dikhabarkan terdapat beberapa pemain import asing akan datang ke Kuching untuk mencuba nasib bersama Skuad Ngap Sayot dalam masa terdekat ini. Antara nama yang disebut yang akan datang ke Kuching ialah  Billy Mehmet yang beraksi bersama Kedah sepanjang musim 2014 dan telah membantu Kedah berjaya sehingga ke Semi Final Piala Malaysia 2013. 

Sebelum ini, Sarawak dikhabarkan akan membawa bekas pemain Manchester United, akan tetapi ianya sekadar khabar angin sahaja.

Sarawak sedang memburu dua pemain import bagi mengisi kekosongan yang ditinggalkan Mumaer Salibasic dan Hassan yang terpaksa ditamatkan kontrak ekoran kecederaan berpanjangn.

Sarawak sekarang sedang giat menjalani latihan bermula 10 November lalu sebelum berangkat ke Miri pada 28 November ini dan dijadualkan menentang pilihan Miri pada tarikh berkenaan. Sarawak juga akan mengadakan perlawanan persahabatan menentang Sabah dan Limbang sebelum berangkat ke Thailand bagi menghadapai beberapa siri perlawanan persahabatan disana.

No comments:

Post a Comment