Ketua Jurulatih Sarawak, Robert Albert memberi peluang kepada beberapa orang pemain muda Sarawak yang berbakat daripada Skuad Piala Presiden Sarawak. Antaranya, Shareen Tambi, Tommy Mawat dan Florian Rison Laes.
Selain itu dua orang pemain muda hasil daripada Piala Sarawak 2014 yang telah diadakan turut dipanggil untuk menjalani latihan bersama Skuad Ngap Sayot sejak 10 November lalu. Pemain tersebut ialah Mohd Ibrahim Jobli dan Ikhwan Izzat.
Selain dari memberikan pendedahan kepada pemain muda Sarawak yang berbakat, Sarawak sedang berusaha mencari dua orang pemain import asing bagi memperkuatkan jentera serangan Sarwak.
Sarawak sekarang sedang giat menjalani latihan bermula 10 November lalu sebelum berangkat ke Miri pada 28 November ini dan dijadualkan menentang pilihan Miri pada tarikh berkenaan. Sarawak juga akan mengadakan perlawanan persahabatan menentang Sabah dan Limbang sebelum berangkat ke Thailand bagi menghadapai beberapa siri perlawanan persahabatan disana.

No comments:
Post a Comment