Penyerang berprofil tinggi, Billy Osman Mehmet mempamerkan aksinya dalam sesi ujian tidak kesampaian apabila pemain itu hanya datang berziarah di Padang D semalam.
Billy yang ditemani abang merangkap ejennya, Jamie Mehmet berkata beliau masih mempertimbangkan tawaran dari Persatuan Bola Sepak Sarawak (FAS) dan belum ada kata putus daripada beliau sama ada akan menyertai pasukan Sarawak pada musim depan.
Menurutnya lagi, beliau akan kembali ke Kedah hari ini dan mungkin kembali ke sini dalam tempoh seminggu sekiranya rundingannya dengan FAS mencapai persetujuan.
Namun, pemain berusia 30 tahun kelahiran London itu berazam untuk memberikan yang terbaik dalam membantu pasukan Ngap Sayot memburu kejuaraan dalam saingan Liga Malaysia (Liga M) 2015 sekiranya beliau bersetuju menyarung jersi Sarawak pada musim depan.
Sementara itu, Pengurus Pasukan Sarawak Datu Abu Bakar Marzuki yang turut hadir pada sesi latihan di Padang D semalam memberitahu rundingan untuk membawa Billy ke Stadium Negeri sedang berjalan ketika ini.
Billy menarik minat FAS selepas mempamerkan aksi cemerlang bersama Kedah sepanjang musim Liga Perdana 2014. - Utusan Borneo
Namun dalam status akuan tweeter pemain berkenaan hari ini mengesahkan bahawa beliau akan bersama Sarawak FA tahun depan.
***
Bila lagi FAS nak umum kesahihan perkara ini?
Namun dalam status akuan tweeter pemain berkenaan hari ini mengesahkan bahawa beliau akan bersama Sarawak FA tahun depan.
***
Bila lagi FAS nak umum kesahihan perkara ini?
No comments:
Post a Comment