Sarawak hampir pasti tidak mengambil penyerang import baharu sebaik jendela perpindahan pemain dibuka pada bulan depan.
Ketua Jurulatihnya, Robert Alberts masih menaruh kepercayaan terhadap trio penyerang importnya iaitu Ryan Griffiths , Billy Mehmet dan Ivan Fatic untuk mengemudikan jentera serangan skuad Ngap Sayot.
Menurut Alberts, ketiga-ketiga pemain import itu bermain dengan baik meskipun beliau akui agak bimbang dengan prestasi Ryan yang masih belum menjaringkan sebarang gol pada saingan Liga Super musim ini.
“Kapten Sarawak itu wajar diberikan peluang dan saya percaya pemain kelahiran Australia itu akan kembali menemui sentuhan terbaiknya nanti.
“Ryan telah bermain dengan baik bersama Billy (Mehmet) di jentera serangan, cuma ketika ini peluang mereka untuk menjaringkan gol belum kesampaian,” katanya di sini semalam.
Tambahnya, kita tidak boleh menukar pemain-pemain begitu sahaja kerana mereka tidak cedera.
Bagaimanapun, Alberts berharap Ryan akan meningkatkan corak permainannya apabila saingan liga bersambung semula April ini.
“Sebagai kapten, beliau perlu membuktikan sesuatu untuk membantu menaikkan semangat rakanrakan sepasukan,” ujarnya.
Sementara itu, Sarawak akan menguji dua lagi pemain dari Liberia dan Belgium untuk mengisi slot yang ditinggalkan pemain pertahanan, Ronald Hikspoors kerana mengalami kecederaan serius.
Menurut Alberts, pemain dari Liberia akan tiba di sini hari ini manakala pemain dari Belgium akan tiba pada esok (Khamis).
Seorang lagi pemain dari Romania telah menyertai sesi ujian bersam skuad Ngap Sayot sejak Ahad lalu.
Sarawak akan menentang PDRM pada 3 April depan di Stadium Shah Alam.
Utusan Borneo
No comments:
Post a Comment