Thursday, March 26, 2015

Ronny Terpaksa Direhatkan


KETUA Jurulatih Sarawak, Robert Alberts mengakui, pasukannya mungkin tidak akan dapat menggunakan khidmat Ronny Harun untuk perlawanan menentang PDRM di gelanggang lawan pada 4 April depan. Menururt Alberts, ia berikutan status kecederaan buku lali kaki kanan pakar lontaran jarak jauh itu masih belum pulih sepenuhnya dan terpaksa berehat untuk tempoh dua minggu lagi.

"Kita mungkin tidak dapat menggunakan khidmat Ronny Harun untuk perlawanan menentang PDRM nanti, kecederaan buku lali kaki kanannya masih belum pulih sepenuhnya. "Dari laporan awal doktor, dia (Ronny Harun) terpaksa berehat untuk proses pemulihan bagi tempoh dua minggu lagi,'' tambah Alberts ketika ditemui semalam. Alberts akui anak didiknya itu di mata kasar Ronny Harun memang boleh belari seperti biasa akan tetapi tidak dapat menjalani latihan lebih daripada itu seperti mana rakan-rakanya yang lain. ''Kita tidak mahu menanggung risiko jika mahu menurunkan Ronny Harun pada perlawanan itu kelak kerana takut kecederaannya bertambah serius.'' Jelas Alberts lagi.

Dalam pada itu, tekanan berganda dihadapi pengemudi dari Belanda itu apabila seorang lagi pemain pertahanan iaitu Mohd Dzulazlan juga tidak dapat diturunkan kerana menjalani hukuman penggantungan setelah mengumpul tiga kad kuning. "Apa yang pasti, saya akan menggunakan khidmat pemain simpanan sedia ada untuk menampung kekurangan di dua posisi berkenaan,'' Kata Alberts lagi.

Utusan Sarawak

No comments:

Post a Comment