Wednesday, March 25, 2015

Sarawak 0 - 3 JDT V

Skuad Piala Belia Sarawak gagal memanfaatkan peluang beraksi di gelanggang sendiri (Stadium Negeri) petang kelmarin apabila tunduk kepada Johor dengan jaringan 3-0.

Tiga gol Johor dijaringkan Mohd Nazly Rashid pada minit ke-44, Mohd Firdaus Abdul Jabar (minit ke-73) dan Mohd Shafiqee Fitri (minit ke-76).

Pada awal saingan, anakanak buah Fuad Grbesic dilihat mampu memberi saingan getir kepada pasukan pelawat apabila berjaya mencipta beberapa peluang terbaik.

Bagaimanapun, pertengahan separuh masa pertama menyaksikan pemain-pemain muda Sarawak seakan-akan hilang punca dan perlawanan lebih banyak dikuasai Johor sehingga tamat perlawanan.

Fuad yang kecewa dengan keputusan itu berkata, pemain-pemain ternyata gagal memanfaatkan peluang beraksi di gelanggang sendiri.

“Kita mampu menjaringkan gol sekiranya beberapa peluang keemasan dapat disempurnakan dengan baik.

“Barisan serangan kita agak tumpul pada perlawanan ini. Saya berharap pemain dapat bangkit pada perlawanan akan datang,” katanya.

Ia merupakan kekalahan ketiga Sarawak pada saingan Piala Belia 2015.

Selepas enam perlawanan, Sarawak kini menduduki tangga ke-10 dengan memunggut tujuh mata

No comments:

Post a Comment